Tuesday, March 5, 2013

Sayangnya sebuah PERSAHABATAN


Photobucket

FAKTA...
pentingnya usrah dan ukhwah antara muslim...

Situasi 1...
(sekiranya kita berbadan besar)

KAWAN BIASA : hoiii budak gemuk... pergi la main jauh2.. jgn la dok kumpulan dgn aq... menyusahkan saje... dah la gemuk ada hati nk kumpulan dgn aq..  dengan badan ko mcm ni mesti xdenye lelaki/perempuan nak dekat ko.. sedar la diri tu....

USRAH DAN UKHWAH : ana rasa akhi bertambah sihat sekarang yer.. Alhamdulillah.. bgus kalau shat mcm ni.. tapi akhi perlu jaga pemakanan akhi juga yer.. jangan sampai orang jadikan sifat badan kita sebagai bahan ketawa.. Insya-Allah ana yakin akhi mampu melakukan perubahan... ayuh petang ni ana berhajat hendak bersenam... kalau akhi mahu boleh join ana sekali..

Situasi 2...
(sekiranya kita orang kelainan upaya)

KAWAN BIASA : weiiii... apasal ko slalu minta tolong dkat aq.. pergi la buat sendiri atau suruh orang lain... menyemak je.. dah la cacat.. lpas tu menyusahkan orang jer... lain kali kalau cacat dok je rumah.. ni x.. sume perkara nk menyusahkan orang.. ko ni cuma hidup nk menyusahkan je.. apasal la ko ni cacat kan...

USRAH DAN UKHWAH : ada apa2 yang boleh ana bantu akhi... kalau akhi perlukan apa apa bantuan yang akhi rasa tidak mampu melakukannya panggil je ana yer.. Insya-Allah jika ana boleh tolong ana akan tolong semampunya.. perbanyakkan istighfar dan selawat yer akhi.. Allah S.W.T sedang mnguji akhi.. Allah tahu akhi mampu lakukan yang terbaik untuk diri akhi walaupun keadaan akhi mcm ini.. akhi kena bnykkan bersabar yer.. sabar itu separuh dari iman kite jga kan.. insya-Allah akhi akan tenang jika dekat dengan Allah S.W.T.

*INILAH PERJALANAN SEGELINTIR SAHABAT KITE DILUAR SANA YANG DICEMUH DAN DICACI ATAS FAKTOR KEKURANGAN DALAM DIRINYA.. WAHAI SAHABATKU YANG DIHORMATI DAN DISAYANGI.. JANGANLAH ADA TERDETIK DALAM HATI PERASAAN YANG TIDAK BAIK... RINGANKAN TULANG UNTUK MEMBANTU.. INSYA-ALLAH SUATU HARI NANTI KITA PULA YANG AKAN PERLUKAN PERTOLONGAN ORANG LAIN... ALLAH S.W.T  MAHA KUASA DAN TAHU SEGALANYA....

Thursday, January 24, 2013

Apa yang diPERJUANGkan dan perlukah PEPERANGAN..??

Photobucket

Assalamualaikum wahai sahabat perjuangan yang ku hormati...
Apa khabar dengan IMAN kita hari ini.. Semoga IMAN kita terus bertambah dan mampu meneruskan perjuangan yang kita bawa yakni ISLAM...

PERJUANGAN...!!!!!
Perjuangan apa yang kita mahukan..???
Perjuangan apa yang kita impi dan lakukan..???
Apakah ERTI sebenar Perjuangan dalam hidup kita seharian..???

PEPERANGAN...!!!!!
Apa pula bezanya dengan PERJUANGAN..???

Ayuh kita selongkar apa yang kita PERJUANGANkan untuk PEPERANGAN...

kita nak berperang dengan siapa yer..???
cuba tanya HATI dan IMAN kita...

Diri : Wahai Hati... apa yang sebenarnya yang engkau mahukan sekiranya diriku sebagai manusia melakukan   peperangan bagi pihakMU..

Hati : Wahai Diri... sebenarnya aku mahukan engkau melakukan peperangan dalam bagi pihakku untuk mengelakkan dari Hatiku ini berada jauh sekali dari Zina Hati dan perkara-perkara yang lagha dan tidak bermanfaat.. teruskan perjuangan melawan segala NAFSU dan PANDANGAN yang mampu menjerat Hatiku ini..

Diri : Insya-Allah wahai Hati... Diri ini akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari Hati mu terus sakit disebabkan oleh ZINA yang berleluasa disebabkan NAFSU dan PANDANGAN ini.. Engkau pula bagaimana IMAN.. apa yang engkau mahukan andai Diri ini melakukan peperangan..

IMAN : Wahai sahabatku Diri... setelah engkau menolong dan menjaga Hati dengan sempurna dan baik.. insya-Allah semuanya selamat.. IMAN hanya mahukan Diri sedar dari segala kesilapan dan terus istiqamah.. Ayuh bangkitlah wahai Diri untuk melawan Hasutan Syaitan yang direjam dan PERBANYAKKAN ZIKIR, MELAKUKAN IBADAH DAN MEMBACA AL-QURAN.. insya-Allah IMAN akan selalu dekat dengan Diri... percayalah cakap IMAN..

Diri : Alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak wahai SAHABATKU IMAN dan HATI... engkau pendamping setia untuk ku bagi memperkukuhkan kekuatan diri bagi mengharungi dunia yang kian mencabar ini..

***Wahai sahabatku yang disayangi... Perjuangan Kita bukan sekadar menjaga IMAN dan Hati... malah banyak perkara yang perlu kita perjuangkan.. ayuh sama2 melakukan peperangan dalam diri


Apa yang saya cuba tekankan disini bahawa sebenarnya kita PERLU memperjuangkan SYIAR ISLAM yang makin hari makin sukar ditafsir dengan sikap sesetengah orang ISLAM tu sendiri.. KITA sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini sekarang harus melakukan PEPERANGAN untuk membangkitkan semangat ISLAM di kalangan UMMAT MUHAMMAD S.A.W...

Ayuh lakukan PERANG jihad seperti membetulkan fahaman akidah  yang salah, membantu penyebaran Aktikel, menolong sahabat yang mahu dekatkan diri dengan ISLAM, selalu bercakap mengenai ISLAM dan mengagungkan kebesaran ALLAH S.W.T..

Hayatilah ayat diatas... semoga kita tersu beristiqamah dan terus memajukan diri untuk dekat dan MENGENAL ADAB DALAM ISLAM YANG SEBENAR...
SEMOGA KITA MEMPEROLEH HIDAYAH DAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T..
INSYA-ALLAH...

***SALAM PERJUANGAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA YANG AMAT DIHORMATI***





Wednesday, November 14, 2012

TAHUN BARU...???

Photobucket

TAHUN BARU...
ayuh mulakan azam baru dengan bermulanya tahun baru dalam bulan ISLAM..
kita sering banggakan KALENDAR MASIHI dari KALENDAR HIJRAH..

MENGAPA INI SEMUA TERJADI...???

PERSOALAN YANG MEMPUNYAI BERIBU JAWAPAN DAN PANDANGAN....

ramai dari kalangan manusia hari ini yang sambut awal tahun MASIHI berbanding HIJRAH sbb pada hari berkenaan akan diadakan pelbagai program yang melalaikan anak muda yg terlalu menjerumus ke lembah MAKSIAT YANG TERLALU TERBUKA.. itulah yang amat DIsukai oleh orang KAFIR LAKNATTULLAH apabila UMMAT NABI MUHAMMAD S.A.W berada didalam KESESATAN YANG BERPANJANGAN dan JAUH DARI REDHA ALLAH...

SEDARLAH SAHABATKU SEKALIAN...
tahun HIJRAH lebih bermakna andai kita tahu ERTI PERJUANGAN SEBENAR yang dilakukan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W dan PARA SAHABAT BAGINDA... dari situlah kite perlu sedar dimana kekuatan ISLAM yang sebenar.. ambillah iktibar dari PERJUANGAN KHALIFAH dahulu demi memartabatkan dunia ISLAM...

ISLAM mengajar kita dari pelbagai aspek bermula dari bangun tidur hinggalah sewaktu kita hendak tidur kembali.. ambil lah perhatian tentang sejarah ISLAM... tidak guna hidup dalam ISLAM andai diri kita tidak tahu sejarah PENGHIJRAHAN yang dilakukan oleh RASULULLAH S.A.W.

pasanglah NIAT BARU pada permulaan tahun HIJRAH (ISLAM) dan bukannya tahun masihi... BIARLAH KITA HIDUP DALAM ISLAM DAN MATI JUGA DALAM ISLAM... INSYA-ALLAH...

SEMOGA HIJRAH KALI INI MEMBERI SERIBU PENGERTIAN KEPADA KITA SEMUA... SEMOGA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEHH ALLAH S.W.T SERTA MEMPEROLEH KEBERKATAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DIDUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT.. INSYA-ALLAH

Thursday, November 8, 2012

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA..



Photobucket


LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara­-perkara itu ialah:

1) Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2) Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3) Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4) Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5) Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".


H.R Ibnu Majah


Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

1) Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2) Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3) Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4) Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

5) Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum­hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.