Wednesday, June 18, 2014

SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH

SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera
buat sahabat semua

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai tingkah laku dan gejala sosial yang amat membimbangkan dari kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Persoalannya sekarang adakah cinta yang kita tahu sekarang ini hanya untuk melakukan sesuatu yang mendekatkan kepada maksiat.?
Dimana pula letaknya MARUAH dan MARTABAT diri yang kita agung-agungkan dan apa persediaan kita menghadapi cabaran sebagai UMMAT AKHIR ZAMAN.?
Dan bagaimana pula kita hendak memahami hubung kait ISLAM dan SAINS DUNIA MODEN.

InsyaAllah kami dari AKADEMI LATIHAN SYABAB mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu seminar seperi maklumat dibawah

"SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN"
TEMPAT : DEWAN RUMPUN SERI, KOLEJ TM, TAIPING, PERAK
TARIKH : 9 OGOS 2014 (SABTU)
MASA : 8 pg -- 5 ptg

Penceramah Undangan

1) IMAM MUDA JABBAR
(JUARA IMAM MUDA KE 3)

2) USTAZ MOHD IKHWAN ZOLKAPLI
(PENSYARAH JABATAN SYARIAH, KUISAS)

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tempat terhad kepada 300 orang terawal. Tarikh akhir pendaftaran pada 5 OGOS 2014
Hanya berbaki 250 sahaja tempat kosong.
AYUH BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLAMBAT
_________________________________________________________

MAHU MENYUMBANG...???
Kami mencari penajaan dan sumbangan dari mana-mana syarikat, ngo, koperasi, atau yayasan yang sudi bersama kami bagi menjalankan program SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN ini bagi melancarkan program yang dijalankan

Pihak kami juga menyediakan ruang khas untuk sewaan tapak booth jualan

Berminat untuk sewaan tapak jualan boleh berhubung dengan USTAZ MOHAMMAD NUR SYAHIR ditalian 0134479904

Wednesday, June 4, 2014

Rezeki...!!!! Antara Halal dan Haram..

Photobucket

Assalamualaikum sahabat yang dihormati Allah S.W.T sekalian
terima kasih buat sahabat yang telah memberikan kata rangsangan agar penulisan didalam blog ini diteruskan seperti biasa.

untuk pengetahuan sahabat semua, buat masa sekarang saya agak sibuk dalam menguruskan syarikat rundingan dan latihan korporat.. Alhamdulillah syarikat yang diberi nama AKADEMI LATIHAN SYABAB telah bertahan lebih 5 tahun. Dahulunya dikenali sebagai Akademi Latihan Annur.



Walaupun apa pun berlaku saya tetap akan luangkan masa buat pembaca yang cintakan ILMU

Rezeki...!!!
Antara Halal dan Haram
itu semua bagaikan tiada kepentingan
ada yang beranggapan, kini semua itu biasa-biasa sahaja
tiada beza pada pandangan masyarakat kini
Halal entah kemana, Haram yang diutama

Antara Halal dan Haram
mana satu pilihan kita untuk kaya
untuk memenuhi segala agenda yang tersembunyi
kerana ada sifat untuk bermegah-megah dan berlawan dalam setiap pembelian
sikap menunjuk-nunjuk kemewahan yang seketika cuma
adakah penting wujudnya perasaan sedemikian rupa..???

Antara Halal dan Haram
mengapa masih ada pemikiran sebegini rupa
mengapa menggunakan anggota yang sihat untuk mencuri, merompak, menyamun dan masuk skim-skim yang boleh menjana pendapatan dalam masa yang singkat
tidak cukupkah segala nikmat SIHAT yang Allah S.W.T kurnia pada kita
kenapa tidak menggunakan tubuh yang sihat itu untuk mencari rezeki yang HALAL

REZEKI...!!!!
ianya ada dimana-mana sahaja
carilah ia dengan tenaga usaha kita

HARAM...!!!!!
kenapa engkau selalu hadir dalam fikiran orang yang berakal
kenapa..???
kenapa..???
kenapa..???
mungkin kerana mereka hanya ada AKAL TETAPI TIDAK BERILMU DAN BERIMAN PADA ALLAH S.W.T

HALAL..!!!
terima kasih kerana hadir dalam setiap rezeki orang mukmin
ketenangan pasti dirasai bila mana REZEKI yang HALAL diutamakan
itulah hadiah bagi mereka yang IKHLAS MENCARI REZEKI kerana ALLAH S.W.T dengan menggunakan tenaga usahanya kejalan yang benar.

Thursday, February 20, 2014

APAKAH CINTA YANG SEBENAR

Photobucket

sesungguhnya IBADAHKU, HIDUP dan MATIKU hanyalah kepadaNya...

Saat titip cinta mula berputik
Segala ungkapan indah bak purnama
Bagai kumbang dan bunga
Bagai bulan dan bintang
Masing2 memerlukan kepercayaan
Masing2 meluahkan perasaan

Andai cinta dianggap suci
Mengapa masih ada yang mengkhianati
Andai cinta dianggap suci
Mengapa sanggup melanggar hak hakiki
Andai cinta dianggap suci
Mengapa ada yang tak ambil peduli

Wahai anak muda
Mengapa cinta yang diberikan murah nilainya
Wahai anak muda
Mengapa maruah digadaikan kerana cinta
Wahai anak muda
Mengapa Mengapa dan Mengapa cinta tidak terjaga

Ayuh anak muda
Kita bangkit bersama
Kita AJAR CINTA KITA MENGENAL SANG PENCIPTA
Bermula disini cinta kita mampu terbela
Cinta kita mampu terpelihara
Kerana cinta kita amat mahal harganya
Ayuh bersama
AJAR CINTA DENGAN AGAMA

*WITH UKHWAH WE CARE*