Wednesday, June 4, 2014

Rezeki...!!!! Antara Halal dan Haram..

Photobucket

Assalamualaikum sahabat yang dihormati Allah S.W.T sekalian
terima kasih buat sahabat yang telah memberikan kata rangsangan agar penulisan didalam blog ini diteruskan seperti biasa.

untuk pengetahuan sahabat semua, buat masa sekarang saya agak sibuk dalam menguruskan syarikat rundingan dan latihan korporat.. Alhamdulillah syarikat yang diberi nama AKADEMI LATIHAN SYABAB telah bertahan lebih 5 tahun. Dahulunya dikenali sebagai Akademi Latihan Annur.



Walaupun apa pun berlaku saya tetap akan luangkan masa buat pembaca yang cintakan ILMU

Rezeki...!!!
Antara Halal dan Haram
itu semua bagaikan tiada kepentingan
ada yang beranggapan, kini semua itu biasa-biasa sahaja
tiada beza pada pandangan masyarakat kini
Halal entah kemana, Haram yang diutama

Antara Halal dan Haram
mana satu pilihan kita untuk kaya
untuk memenuhi segala agenda yang tersembunyi
kerana ada sifat untuk bermegah-megah dan berlawan dalam setiap pembelian
sikap menunjuk-nunjuk kemewahan yang seketika cuma
adakah penting wujudnya perasaan sedemikian rupa..???

Antara Halal dan Haram
mengapa masih ada pemikiran sebegini rupa
mengapa menggunakan anggota yang sihat untuk mencuri, merompak, menyamun dan masuk skim-skim yang boleh menjana pendapatan dalam masa yang singkat
tidak cukupkah segala nikmat SIHAT yang Allah S.W.T kurnia pada kita
kenapa tidak menggunakan tubuh yang sihat itu untuk mencari rezeki yang HALAL

REZEKI...!!!!
ianya ada dimana-mana sahaja
carilah ia dengan tenaga usaha kita

HARAM...!!!!!
kenapa engkau selalu hadir dalam fikiran orang yang berakal
kenapa..???
kenapa..???
kenapa..???
mungkin kerana mereka hanya ada AKAL TETAPI TIDAK BERILMU DAN BERIMAN PADA ALLAH S.W.T

HALAL..!!!
terima kasih kerana hadir dalam setiap rezeki orang mukmin
ketenangan pasti dirasai bila mana REZEKI yang HALAL diutamakan
itulah hadiah bagi mereka yang IKHLAS MENCARI REZEKI kerana ALLAH S.W.T dengan menggunakan tenaga usahanya kejalan yang benar.

No comments: