Thursday, December 10, 2009

Orang mukmin yang paling utama Islamnya

Photobucket
Orang mukmin yang paling utama Islamnya adalah yang orang-orang Islam selamat dari (kejahatan) tutur kata dan tangannya. Dan orang mukmin yang paling utama adalah yang paling baik akhlaknya. Dan orang hijrah yang paling utama adalah orang yang menghindari apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Dan jihad yang paling utama adalah orang yang mendesak dirinya dalam (menuju) dzat Allah a.w.j. (SAHIH, R. Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu ‘Amr)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara

Photobucket

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Photobucket

Mengalirnya air terjun digunung..
dari cantuman air mata air yg kecil..
cantuman yg membawa
erti..
begitu jua persahabatan kita..
mengalir pada
setiap nadiku..
& takkan pernah terhenti..
satu yg
perlu kau tahu..
Ana amat menghargai iktn persahabatan yg terjalin
ini..

semoga ianya berkekaln utk selamanya..



Insyaallah

Photobucket

Bila engkau letih & hilang
semangat,
Allah tahu engkau telah cuba sedaya-upaya.

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira
titis air matamu.

Bila engkau rasa ketinggalan &
masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bila engkau
kebuntuan akal,
maka Allah adalah petunjuk jalan..

apabila engkau telah berazam,
MAKA bertawakallah kepada Allah..
Photobucket

sahabat
berusahalah menjadi
hamba yang soleh
nak bawa kalimah kebenaran sunnahnya mmg
perit
org xnak trime sbb hrga syurga itu manis
sabda
rsulullah saw
"mntalah fatwa dr hatimu, kebaikan itu apa yang
kamu tng dlm hati dan keburukan itu apa yang kamu syak dlm hati, biarpn mnsia
mmberi fatwa kpdmu.(hr ahmad)"
tnylh diri, mna y lbih kta
pentingkan pndangan Allah atau manusia
Jika kita mmbuat tndakan utk
mmenangi pndangan manusia, terpulanglah
kita x lg dpt pndangan
Allah
hati kite ttp x bhgia..
memenangi pndangn Allah
itu perit tp hkiktnya mnis bg hati dan iman
sgl persoalan tlh terjd

Friday, December 4, 2009

FIKIR-FIKIRKALAH...

Photobucket

kata mak,
kawan tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
kawan tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....
kata atuk,
kawan tu seperti air
terus mengalir.....
kata nenek,
kawan tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....
kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
kawan tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
kata kakak,
kawan tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
kawan tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......
kata ana,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia ibarat
lebah, umpama bunga
ros, seperti air, bak
bulan, seperti
lembu, tak ubah macam
durian
&
macam
biskut!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali ana dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan ana...
itu cara ana berkawan..!!

BeRcItA-cItA mAtI sYaHiD...

Sabda Rasulullah SAW:

"Barang
siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah SWT,nescaya akan
diletakkan oleh Allah SWT kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun
dia mati di atas tempat tidurnya."

-Muslim,Abu Daud,Tarmizi Nasai, dan Ibnu Majah.-

Ku BaNgGa...

ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
dri melihat mu gembira dalam kelalaian...

ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan
dri melihat tawamu dalam pengkhianatan...

ku bangga jika kau menegurku walaupun dgn cara yg agak kasar
dari kau melihatku berada dalam kelalaian...

ku bangga andai dikau syahid
dari hidup tanpa ISLAM...

kita mulia kerana ISLAM...
hayatilah nikmat tarbiah di hadapanmu SAHABAT...

walaupun kemuliaan itu terpaksa diranjaui
dengan liku-liku yang amat memedihkan...

PEREMPUAN YG SUCI

SALAM MUHASABAH...

PEREMPUAN YG SUCI
ADALAH PEREMPUAN
YANG DIJAGA
OLEH ALLAH S.W.T...

TDK SEDIKIT PUN
ALLAH S.W.T MEMBENARKAN
MANA2 LELAKI MENYENTUH
DIRINYA MAHU HATINYA...

KERANA ALLAH S.W.T.
TERAMAT MENCINTAINYA...

TETAPI ANDAI KAMU
BERGELUMANG DGN
CINTA LELAKI
DIMANAKAH ALLAH
UNTUK MENJAGA KITA...?

ALLAH SEPERTI
MELEPASKAN KAMU
KPD SEORANG MANUSIA
YANG LEBIH BANYAK
MENGECEWAKAN KAMU

JIKA ALLAH S.W.T
DATANGKAN KESEDARAN
DALAM DIRI SUPAYA
MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI
ITU BERMAKNA ALLAH S.W.T
MAHU AMBIL KAMU KEMBALI
UNTUK DIJAGANYA...

MENGAPA MASIH RAGU2...?

KEKUATAN USAH DITUNGGU
TP HARUSLAH DICARI...

HARGAILAH KESEMPATAN
YANG ALLAH S.W.T BERIKAN...

SEBESAR-BESAR DOSA
ADALAH DOSA YANG
DILAKUKAN KETIKA
KITA BERASA BERDOSA
MELAKUKANNYA...


-IMAM GHAZALI-

perihal orang mukmin

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

lslam itu terbina atas lima perkara

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al khattab) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah
, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

KeMuLiAaN dan KeIkHlAsAn

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan
. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

pErKaTaAn YaNg SeRiNg MeNdAhUlUi KiTa...

Mungkin krn kita leka, sekali pena terlepas dr genggaman, ucapan "oops!" mendahului "ya Allah". Apabila perut kenyang, "ah...kenyangnya!" mengatasi "Alhamdulillah". Apabila diri terpegun oleh keindahan alam "Subhanallah" tertutup oleh "cantiknya!". Apabila dikunjungi berita malang, "kasihannya..." terucap kerana kita lupa pada "innalillahi wainna ilaihi raji'un". Kadangkala kita lupa krn terbiasa. Tetapi ingatlah agar apabila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan "Lailaha illallah" menjadi juara mengatasi segala kata2. insyaAllah =)