Thursday, January 24, 2013

Apa yang diPERJUANGkan dan perlukah PEPERANGAN..??

Photobucket

Assalamualaikum wahai sahabat perjuangan yang ku hormati...
Apa khabar dengan IMAN kita hari ini.. Semoga IMAN kita terus bertambah dan mampu meneruskan perjuangan yang kita bawa yakni ISLAM...

PERJUANGAN...!!!!!
Perjuangan apa yang kita mahukan..???
Perjuangan apa yang kita impi dan lakukan..???
Apakah ERTI sebenar Perjuangan dalam hidup kita seharian..???

PEPERANGAN...!!!!!
Apa pula bezanya dengan PERJUANGAN..???

Ayuh kita selongkar apa yang kita PERJUANGANkan untuk PEPERANGAN...

kita nak berperang dengan siapa yer..???
cuba tanya HATI dan IMAN kita...

Diri : Wahai Hati... apa yang sebenarnya yang engkau mahukan sekiranya diriku sebagai manusia melakukan   peperangan bagi pihakMU..

Hati : Wahai Diri... sebenarnya aku mahukan engkau melakukan peperangan dalam bagi pihakku untuk mengelakkan dari Hatiku ini berada jauh sekali dari Zina Hati dan perkara-perkara yang lagha dan tidak bermanfaat.. teruskan perjuangan melawan segala NAFSU dan PANDANGAN yang mampu menjerat Hatiku ini..

Diri : Insya-Allah wahai Hati... Diri ini akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari Hati mu terus sakit disebabkan oleh ZINA yang berleluasa disebabkan NAFSU dan PANDANGAN ini.. Engkau pula bagaimana IMAN.. apa yang engkau mahukan andai Diri ini melakukan peperangan..

IMAN : Wahai sahabatku Diri... setelah engkau menolong dan menjaga Hati dengan sempurna dan baik.. insya-Allah semuanya selamat.. IMAN hanya mahukan Diri sedar dari segala kesilapan dan terus istiqamah.. Ayuh bangkitlah wahai Diri untuk melawan Hasutan Syaitan yang direjam dan PERBANYAKKAN ZIKIR, MELAKUKAN IBADAH DAN MEMBACA AL-QURAN.. insya-Allah IMAN akan selalu dekat dengan Diri... percayalah cakap IMAN..

Diri : Alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak wahai SAHABATKU IMAN dan HATI... engkau pendamping setia untuk ku bagi memperkukuhkan kekuatan diri bagi mengharungi dunia yang kian mencabar ini..

***Wahai sahabatku yang disayangi... Perjuangan Kita bukan sekadar menjaga IMAN dan Hati... malah banyak perkara yang perlu kita perjuangkan.. ayuh sama2 melakukan peperangan dalam diri


Apa yang saya cuba tekankan disini bahawa sebenarnya kita PERLU memperjuangkan SYIAR ISLAM yang makin hari makin sukar ditafsir dengan sikap sesetengah orang ISLAM tu sendiri.. KITA sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini sekarang harus melakukan PEPERANGAN untuk membangkitkan semangat ISLAM di kalangan UMMAT MUHAMMAD S.A.W...

Ayuh lakukan PERANG jihad seperti membetulkan fahaman akidah  yang salah, membantu penyebaran Aktikel, menolong sahabat yang mahu dekatkan diri dengan ISLAM, selalu bercakap mengenai ISLAM dan mengagungkan kebesaran ALLAH S.W.T..

Hayatilah ayat diatas... semoga kita tersu beristiqamah dan terus memajukan diri untuk dekat dan MENGENAL ADAB DALAM ISLAM YANG SEBENAR...
SEMOGA KITA MEMPEROLEH HIDAYAH DAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T..
INSYA-ALLAH...

***SALAM PERJUANGAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA YANG AMAT DIHORMATI***





No comments: