Thursday, September 12, 2013

MuHaSabaH CiNtA...

Photobucket

Assalamualaikum sahabat yang diberkati dan dirahmati Allah sekalian..
indahnya sebuah PERCINTAAN bila mana 2 hati menjadi 1
segala gerak geri ibarat seiring dan sejalan
berpakaian sedondon setiap masa
berjalan berdua-dua ibarat pasangan yang sah
adakah ia akan terus dipraktik sehingga lepas di ijab kabulkan..???
mudah-mudahan.. ( insyaAllah )

Cinta ibarat EMBUN
MUTIARA EMBUN pasti kelihatan pada daun-daun dipagi hari
Kerana EMBUN, kesegaran di hening pagi kian terserlah

begitulah CINTA
PERMULAAN CINTA bagaikan EMBUN yang indah segalanya
KASIH SAYANG dicipta, PENGORBANAN sanggup diluahkan
HARTA BENDA sanggup digadaikan



KERANA APA....????

tidak lain dan tidak bukan semuanya kerana CINTA...!!!!

Pertama kali mengecapi nikmat CINTA, pasti akan terdetik dihati satu perasaan yang amat GEMBIRA dek kerana si Dia yang diidam-idamkan selama ini berjaya ditambat hatinya untuk menjadi PERMAISURI / PUTERA di hati buat seketika... Walaupun perkenalan hanya sedetik cuma, tetapi perwatakkan bagaikan sudah lama menjadi pasangan yang sah menurut syariat ISLAM... 

Adakah zaman kini MUDAH mencari PASANGAN untuk sedetik..????
Adakah MARUAH ummat akhir zaman ini begitu MURAH..????
Adakah "trend" zaman sekarang BERCINTA berlandaskan NAFSU..????
Mengapakah MUDAH menberikan CINTA kepada mereka yang belum tentu sah buat kita..????

Pelbagai soalan yang sering bermain dibenak fikiran..????

Buat sahabat yang baru berjinak-jinak mengenal erti CINTA sesama manusia ini, cubalah kalian renung-renungkan hadis ini :

“Sesungguhnya iman yang ada dalam diri setiap seorang dari kalian benar-benar dapat luntur seperti lunturnya pakaian maka mohonlah kepada Allah agar Dia sentiasa memperbaharui keimanan dalam hati kalian.” [HR. Al Hakim]

Cuba sahabat tanya dalam diri sahabat..
 "ADAKAH AKU MAMPU MENANGANI NAFSU YANG SENTIASA BERGELORA DALAM DIRI.??
ADAKAH IMANKU KUAT UNTUK MENEPIS SEGALA CABARAN DAN DUGAAN YANG MENDATANG..??

segala persoalan hanya diri kita sahaja menjawab. Hanya diri kita sahaja mampu mencorak langkah baru untuk lebih kehadapan.. Jadikan ahli keluarga atau sahabat terdekat sebagai inspirasi untuk terus berubah kearah kebaikkan.. mudah-mudahan sahabat semua memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunia dan juga diakhirat.. insyaAllah



BAGI MEREKA YANG TELAH DITINGGALKAN OLEH PASANGAN,
USAH RISAU, USAH GENTAR, USAH GELISAH, ALLAH SENTIASA BERSAMA DIRIMU

manakan Allah sanggup melihatmu hidup dalam keadaan lemah longlai dan kemurungan.. ALLAH telah sedia menjaga dirimu kembali.. ALLAH mahu mendengar suara rintihanmu.. mohon ampunlah kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mengampunkan dirimu. insyaAllah..



Tatkala HATI RINDU akan KASIH SAYANG seorang insan bergelar manusia
Janganlah terlalu MENGAHARAP balasan darinya
Namun BERHARAPLAH kepada ALLAH S.W.T
KERANA HATI SETIAP INSAN ADA DALAM GENGGAMAN ALLAH S.W.T.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA



YA ALLAH
andai diriku berasa ingin bercinta
izinkan aku bercinta pada orang yang sebenar-benarnya
Pada waktu dan masa yang sesuai
Kerana hatiku cuma satu,
Dan jadikanlah siDia halal buatku pada masa yang telah ditetapkan
insyaAllah..


No comments: