Wednesday, September 11, 2013

DAKWAH...???

Photobucket

Assalamualaikum sahabat seperjuang..
Apa khabar IMAN kita hari ini.
semoga ianya dalam keadaan SEJAHTERA hendaknya
insyaAllah...

PERSAHABATAN terjalin dek PERKENALAN
UKHUWAH terbina atas PERSAHABATAN
DAKWAH bukan hanya pada LISAN
PENULISAN juga cabang DAKWAH

Pernah sahabat terfikir..?????
Bagaimana DAKWAH yang SEBENAR..???
Perlu ker kita jalankan usaha DAKWAH ini..???
Adakah kita mendapat GANJARAN yang lumayan dalam usaha DAKWAH ini..???

TEPUK DADA TANYA IMAN..

YA.
memang usaha DAKWAH ini perlu diteruskan...
   KERANA APA..???
*Kerana kita sebagai manusia ini adalah seorang KHALIFAH yang telah ditugaskan oleh ALLAH S.W.T untuk menyebarkan kebaikkan dan saling menegur antara satu sama lain.



APA GANJARAN YANG SAYA DAPAT JIKA SAYA LAKUKAN DAKWAH..???
* adakah kita melakukan usaha DAKWAH ini hanya mengharapkan balasan atau pujian dari manusia yang hina..??? tidakkah kita terfikir ganjaran yang besar menanti kita diSana nanti..??? mengapakah kita tidak pernah ikhlas dalam melakukan usaha DAKWAH ini.. Ayuh perbetulkan niat kita.. mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dan keberkatan dari ALLAH S.W.T. insyaAllah

TIDAK TAHU CARA NAK BERDAKWAH..???
* DAKWAH ada pelbagai cara untuk melaksanakannya.. Antaranya memberi tazkirah, menghantar mesej berkenaan hadis2 sahih dan kebaikkan, perkongsian ILMU, menyampaikan risalah, mencegah kemungkaran dan banyak lain.. JANGAN HANYA FIKIR DAKWAH INI HANYA UNTUK BANTERAS MAKSIAT SAHAJA DAN HANYA GOLONGAN USTAZ SAHAJA YANG PERLU LAKUKAN USAHA DAKWAH INI.

usaha DAKWAH ini perlu di lakukan oleh semua lapisan masyarakat untuk menjamin keharmonian sejagat. insyaAllah..


TAKUTLAH KALAU DIPULAU OLEH KAWAN-KAWAN.. NANTI SAYA TIADA KAWAN...
* lumrah manusia.. LEBIH TAKUT DIPULAUKAN KAWAN DARI MENJALANKAN AMANAH DARI ALLAH S.W.T. adakah kawan kita ada bersama kita sewaktu SUSAH..?? adakah kawan kita memberi REZEKI kepada kita..?? adakah kawan kita menjaga kita dari kecil..??
MENGAPA KITA LUPA PENCIPTA KITA..?? MENGAPA KITA MUDAH LUPA SIAPA MEMBANTU KITA SERTA MEMBERI REZEKI KEPADA KITA..?? MUDAHNYA KITA LUPA.. NA'UZUBILLAH..

Ayuh beristighfar bersama.. kembalilah kepada Allah kerana hanya Allah sahaja yang mampu membantu kita tidak kira dalam keadaan senang atau susah..

HARGAILAH SAHABAT PERJUANGAN YANG BERADA SEMEDAN DENGAN ANDA.. BERGERAK BERSAMA AGAR USAHA DAKWAH YANG DIJALANKAN BENAR2 KUKUH DAN TIDAK MAMPU DIGUGAT..

"WITH UKHUWAH WE CARE"


No comments: