Wednesday, June 12, 2013

BerAni MelaKuKan MakSiaT..???

Photobucket

Assalamualaikum sahabat yang saya hormati dan kasihi sekalian..
Apa khabar IMAN kita hari ini..??? semoga semuanya dalam keadaan sejahtera sentiasa.. insya-Allah..

Pernahkah kita terdetik dalam hati kita ingin melakukan MAKSIAT atau ZINA..???
mungkin ada yang beranggapan bahawa melakukan perkara-perkara tersebut adalah lumrah buat masyarakat zaman sekarang kerana mengikut peredaran waktu..

selalu membayangkan keindahan ketika melakukan maksiat seperti :-


  • berpegangan tangan bersama kekasih yang bukan mahram
  • bercumbu-cumbuan antara pasangan yang belum halal
  • memandang aurat wanita / lelaki
  • menonton filem yang boleh menghairahkan
  • saling berpelukkan tanpa segan silu dikhalayak ramai
  • bermesra mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin
  • saling mengingati dan terbayang wajah pasangan sebelum tidur
  • melakukan hubungan terlarang tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan serta banyak lagi

Mengapa ini semua terjadi..???
Salah siapa andai perkara ini terus berleluasa..???

Sebenarnya untuk melakukan MAKSIAT atau ZINA adalah BOLEH TETAPI DENGAN MENGIKUT BEBERAPA SYARAT...

diulang = BOLEH MELAKUKAN MAKSIAT TETAPI DENGAN BEBERAPA SYARAT

Antara syarat yang WAJID diikuti adalah seperti :-

  • Jangan makan REZEKI yang diberi oleh ALLAH S.W.T
  • Jangan sesekali tinggal di atas BUMI milik ALLAH S.W.T
  • Lakukan maksiat ditempat yang ALLAH tidak nampak perbuatan kamu
  • Mampu menangguhkan kematian disaat malaikat maut (IZRAIL) datang berjumpa kamu
  • Mampu berkata "SAYA TIDAK AKAN SESEKALI MENGIKUT KAMU KE NERAKA" kepada malaikat yang menjaga pintu neraka.

Sekiranya anda benar-benar mampu mengikut syarat yang ditetapkan, jadi dipersilakan melakukan maksiat sebanyak mungkin TETAPI jika tidak mampu lebih baik abaikan sahaja niat kotor itu.

*AYUH BERSAMA KITA BERMUHASABAH KEMBALI... INSAF DAN KENANG DOSA LALU AGAR TIDAK DIULANG KEMBALI.. SAMA-SAMA KITA PERBANYAKKAN ISTIGHFAR. SEMOGA ALLAH S.W.T. MENGAMPUNKAN DOSA KITA YANG LALU.. INSYA-ALLAH

2 comments:

bidadariummi93 bidadariummi93 said...

amat bermakna entry ini srmoga brmnfaat kpd smua..

syahirzulkfli syahirzulkfli said...

Alhamdulillah jika berfikiran begitu..
insya-Allah.. harap2 berguna pada semua orang..
trima kasih atas sokongan ukhti...