Monday, June 10, 2013

PerNahKah Kita TerFikiR..??

Photobucket

Assalamualaikum sahabat setia serta pembaca blog yang dihormati dan dikasihi..
apa khabar iman kita hari ini. semoga semuanya bertambah baik dari semalam. insya-Allah..

Insya-Allah kali ini ana ingin berkongsi masa dengan sahabat semua untuk berfikir sejenak bagaimana kehidupan kita pada masa akan datang.. adakah ia sebaik yang kita sangka atau mungkin sebaliknya (na'uzubillah)..

pernahkah kita semua terfikir apa yang akan terjadi sekiranya saat kematian/ajal kita tiba setelah kita melelapkan mata untuk tidur. kita tidak mampu lagi bergerak, bangun malah tidak sesekali mampu mencelik mata untuk melihat cahaya indah di bumi ALLAH S.W.T ini..

Pernahkah kita pernah terfikir perkara seperti ini..

  • siapa yang akan mengurus jenazah kita nanti
  • adakah sahabat-sahabat kita yang ramai di FB, TWITTER, WHATAPP dan lain-lain akan menziarah jenazah kita nanti
  • adakah sahabat kita akan sedekah surah Al-Fatihah buat diri kita
  • adakah cukup amalan serta ibadah kita selama ini untuk bertemu dengan ALLAH S.W.T
  • adakah kematian kita mendapat redha dari ibu bapa kita..??
  • dan adakah KEMATIAN KITA DALAM KEADAAN SEMPAT BERTAUBAT ATAU sebaliknya (na'uzubillah)
Sebuah percaturan dunia yang amat sukar kita tafsirkan.. Diri kita perlu sebuah pengorbanan dan istiqamah yang tinggi dalam mengorak langkah yang lebih baik demi masa depan yang sejahtera.. Hargailah sahabat yang berada disekeliling dan hormati setiap makhluk yang berada didalam dunia ini..
Teruskan perjuangan dalam membina sebuah kekuatan dalam ISLAM agar ia terus mekar dan berkibar megah.

*maaf andai ada salah silap selama mengendali blog ini.. jika malam ini malam terakhir, berniatlah agar kita dapat berjumpa di syurga kelak.. insya-Allah.

No comments: