Thursday, May 19, 2011

terserah kpd PEMBACA yang MEMBACA.....

Photobucket

Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati... Alhamdulillah.. skarang baru ada kekuatan untuk berkongsi satu cerita.. satu cerita yg membuatkan diri ini tersedar betapa besarnya nikmat dan kekuasaan Allah s.w.t... satu cerita yang amat menggemparkan dalam diri ini dan satu cerita yang membuatkan diri ini tertanya2 siapakah DIA yang sebenarnya yang muncul tanpa diduga... mungkin inilah entry yg paling bermakna dalam diri ini... SAMA2LAH KITA MENYELAMI APA YANG DIRI INI (SYAHIR) ALAMI INI... smoga memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat... insya-Allah... smoga ALLAH S.W.T. memberkati sahabat semua sepanjang membaca entry yg terbaru ini.. insya-Allah... (untuk memudahkan cerita syahir akan ditukar kpd aq)



Perkara ini terjadi pada satu pagi yang indah dan permai.. perkara ini terjadi pada diri syahir sndri... dan syahir rasa ia perlu dikongsi bersama kpd semua makhluk didunia ini... pg tu lebih kurang pkul 1 hgga pkul 2.30 pg, aq telah mendapat satu mimpi... dri mimpi ini lah aq terfikir mcm2 perkara.. dalam mimpi ini ada satu suara yang amat garau dan besar... suara ini membuatkan diri ini berpeluh seakan selepas mandi... Dalam mimpi itu, suara itu telah mengajar aq membaca Al-Quran surah Al-Fatihah... dgn nada yang amat garau, suara itu telah mengajar aq satu persatu ayat dalam surah tersebut... TAPI, suara itu terlalu menekan kan pada ayat ke 4 dalam surah Al-Fatihah...

Pada mulanya aq tidak tahu maksud ayat tersebut tp dgn sifat ingin tahu yg ada pada diri aq, aq pergi melihat terjemahan Al-Quran yang ada dirumah aq.. maksud ayat ke 4 dalam surah Al-Fatihah ialah "yang menguasai hari pembalasan (yakni hari akhirat)" dalam beberapa hari aq termenung terfikirkan knp suara itu terlalu menekankan ayat ke 4.. knp tidak menekankan ayat lain... aq tertanya2 dan Alhamdulillah aq dah dapat jawapan yang sbenar2nya dalam diri aq... Aq sedar yang selama ini aq terlalu banyak melakukan kesilapan.. dan aq begitu malu pada diri sendri.. dan paling aq malu ialah kpd SANG PENCIPTA diri aq yakni ALLAH S.W.T...



DALAM mimpi itu jga, suara yang aq dgr itu memberi AMARAN dan nasihat kepada aq.. AMARAN yg masih aq ingat ialah 1.DIA menyuruh aq untuk menyampaikan ilmu yang aq ada.. jgn disimpan sahaja tanpa memberi tahu kpd org lain tentang ilmu yang aq ada kerna ilmu itu x akan habis didunia ini dan ilmu itu adalah milik ALLAH S.W.T. semata-mata... 2.JANGAN terlalu angkuh dgn ilmu yg aq miliki skarang kerna ALLAH S.W.T. boleh tarik ilmu aq bila2 masa... 3.TEGURLAH wanita2 ISLAM agar menutup auratnya dan labuhkanlah pakaiannya dan jgn benarkan sesiapa melihat aurat wanita muslim kecuali suami dan mahram bgnya... tegahlah mereka yang memakai pakaian yg ketat dan sendat kerna Allah amat murka kpd mereka... YANG TERAKHIR IALAH suara dalam mimpi itu menegaskan agar aq dapat membetulkan bacaan sesetgh imam yang membaca kurang betul terutamanya dalam surah Al-Fatihah...

ITULAH yg aq dapat dri mimpi aq... suara itu jga sempat memberi nasihat agar menjadi seorng pendakwah dan pemimpin yang adil... bukan senang untuk memikul tugas seorang pendakwah kerna selalu akan menerima kritikan tp percayalah bahawa ALLAH S.W.T. sentiasa ada bersama org yang beriman... insya-Allah... suara itulah yang menyedarkan bhawa siapalah aq diatas muka bumi ini.. hanya ini lah yang syahir dapat critakan dan perkara ini benar2 terjadi dalam diri syahir sendri.. sampai disini sahaja dari syahir.. insya-Allah syahir akan doakan semua yang membaca blog syahir ini.. smoga kt memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunia dan juga diakhirat... insya-Allah.. kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam usaha dakwah syahir doakan agar trus cemerlang.. ingatlah bahawa ALLAH S.W.T. sentiasa melihat apa yg kita lakukan.. sama2lah kita renung2kan dan fikir2kan... ALLAH S.W.T. sentiasa mengingatkan kt tentang hari akhirat... semoga memperoleh iktibar... insya-Allah...

with love,
syahirzulkfli..

No comments: