Monday, June 10, 2013

PerNahKah Kita TerFikiR..??

Photobucket

Assalamualaikum sahabat setia serta pembaca blog yang dihormati dan dikasihi..
apa khabar iman kita hari ini. semoga semuanya bertambah baik dari semalam. insya-Allah..

Insya-Allah kali ini ana ingin berkongsi masa dengan sahabat semua untuk berfikir sejenak bagaimana kehidupan kita pada masa akan datang.. adakah ia sebaik yang kita sangka atau mungkin sebaliknya (na'uzubillah)..

pernahkah kita semua terfikir apa yang akan terjadi sekiranya saat kematian/ajal kita tiba setelah kita melelapkan mata untuk tidur. kita tidak mampu lagi bergerak, bangun malah tidak sesekali mampu mencelik mata untuk melihat cahaya indah di bumi ALLAH S.W.T ini..

Pernahkah kita pernah terfikir perkara seperti ini..

  • siapa yang akan mengurus jenazah kita nanti
  • adakah sahabat-sahabat kita yang ramai di FB, TWITTER, WHATAPP dan lain-lain akan menziarah jenazah kita nanti
  • adakah sahabat kita akan sedekah surah Al-Fatihah buat diri kita
  • adakah cukup amalan serta ibadah kita selama ini untuk bertemu dengan ALLAH S.W.T
  • adakah kematian kita mendapat redha dari ibu bapa kita..??
  • dan adakah KEMATIAN KITA DALAM KEADAAN SEMPAT BERTAUBAT ATAU sebaliknya (na'uzubillah)
Sebuah percaturan dunia yang amat sukar kita tafsirkan.. Diri kita perlu sebuah pengorbanan dan istiqamah yang tinggi dalam mengorak langkah yang lebih baik demi masa depan yang sejahtera.. Hargailah sahabat yang berada disekeliling dan hormati setiap makhluk yang berada didalam dunia ini..
Teruskan perjuangan dalam membina sebuah kekuatan dalam ISLAM agar ia terus mekar dan berkibar megah.

*maaf andai ada salah silap selama mengendali blog ini.. jika malam ini malam terakhir, berniatlah agar kita dapat berjumpa di syurga kelak.. insya-Allah.

Tuesday, June 4, 2013

huraian Cara Menjadi Pemimpin Yang Disegani.

Photobucket


Assalamualaikum sahabat yang dihormati...
Alhamdulillah.. Ebook yang telah diwar-warkan sebentar tadi di page ANNUR CONSULTANT (facebook) telah pun siap untuk dijual.
kepada sesiapa yang berhasrat untuk memperoleh sesuatu ILMU yang baru boleh dapatkan sekarang. "cara bagaimana menjadi PEMIMPIN yang sebenar".
dapatkan sekarang dengan harga promosi sebanyak rm 20. duit boleh dibank in kan di bank ISLAM atau bank CIMB

Bank Islam
08040028217627
Bank CIMB
08290007862526
nama penerima = mohammad nursyahir

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 0134479904



Tuesday, March 5, 2013

Sayangnya sebuah PERSAHABATAN


Photobucket

FAKTA...
pentingnya usrah dan ukhwah antara muslim...

Situasi 1...
(sekiranya kita berbadan besar)

KAWAN BIASA : hoiii budak gemuk... pergi la main jauh2.. jgn la dok kumpulan dgn aq... menyusahkan saje... dah la gemuk ada hati nk kumpulan dgn aq..  dengan badan ko mcm ni mesti xdenye lelaki/perempuan nak dekat ko.. sedar la diri tu....

USRAH DAN UKHWAH : ana rasa akhi bertambah sihat sekarang yer.. Alhamdulillah.. bgus kalau shat mcm ni.. tapi akhi perlu jaga pemakanan akhi juga yer.. jangan sampai orang jadikan sifat badan kita sebagai bahan ketawa.. Insya-Allah ana yakin akhi mampu melakukan perubahan... ayuh petang ni ana berhajat hendak bersenam... kalau akhi mahu boleh join ana sekali..

Situasi 2...
(sekiranya kita orang kelainan upaya)

KAWAN BIASA : weiiii... apasal ko slalu minta tolong dkat aq.. pergi la buat sendiri atau suruh orang lain... menyemak je.. dah la cacat.. lpas tu menyusahkan orang jer... lain kali kalau cacat dok je rumah.. ni x.. sume perkara nk menyusahkan orang.. ko ni cuma hidup nk menyusahkan je.. apasal la ko ni cacat kan...

USRAH DAN UKHWAH : ada apa2 yang boleh ana bantu akhi... kalau akhi perlukan apa apa bantuan yang akhi rasa tidak mampu melakukannya panggil je ana yer.. Insya-Allah jika ana boleh tolong ana akan tolong semampunya.. perbanyakkan istighfar dan selawat yer akhi.. Allah S.W.T sedang mnguji akhi.. Allah tahu akhi mampu lakukan yang terbaik untuk diri akhi walaupun keadaan akhi mcm ini.. akhi kena bnykkan bersabar yer.. sabar itu separuh dari iman kite jga kan.. insya-Allah akhi akan tenang jika dekat dengan Allah S.W.T.

*INILAH PERJALANAN SEGELINTIR SAHABAT KITE DILUAR SANA YANG DICEMUH DAN DICACI ATAS FAKTOR KEKURANGAN DALAM DIRINYA.. WAHAI SAHABATKU YANG DIHORMATI DAN DISAYANGI.. JANGANLAH ADA TERDETIK DALAM HATI PERASAAN YANG TIDAK BAIK... RINGANKAN TULANG UNTUK MEMBANTU.. INSYA-ALLAH SUATU HARI NANTI KITA PULA YANG AKAN PERLUKAN PERTOLONGAN ORANG LAIN... ALLAH S.W.T  MAHA KUASA DAN TAHU SEGALANYA....

Thursday, January 24, 2013

Apa yang diPERJUANGkan dan perlukah PEPERANGAN..??

Photobucket

Assalamualaikum wahai sahabat perjuangan yang ku hormati...
Apa khabar dengan IMAN kita hari ini.. Semoga IMAN kita terus bertambah dan mampu meneruskan perjuangan yang kita bawa yakni ISLAM...

PERJUANGAN...!!!!!
Perjuangan apa yang kita mahukan..???
Perjuangan apa yang kita impi dan lakukan..???
Apakah ERTI sebenar Perjuangan dalam hidup kita seharian..???

PEPERANGAN...!!!!!
Apa pula bezanya dengan PERJUANGAN..???

Ayuh kita selongkar apa yang kita PERJUANGANkan untuk PEPERANGAN...

kita nak berperang dengan siapa yer..???
cuba tanya HATI dan IMAN kita...

Diri : Wahai Hati... apa yang sebenarnya yang engkau mahukan sekiranya diriku sebagai manusia melakukan   peperangan bagi pihakMU..

Hati : Wahai Diri... sebenarnya aku mahukan engkau melakukan peperangan dalam bagi pihakku untuk mengelakkan dari Hatiku ini berada jauh sekali dari Zina Hati dan perkara-perkara yang lagha dan tidak bermanfaat.. teruskan perjuangan melawan segala NAFSU dan PANDANGAN yang mampu menjerat Hatiku ini..

Diri : Insya-Allah wahai Hati... Diri ini akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari Hati mu terus sakit disebabkan oleh ZINA yang berleluasa disebabkan NAFSU dan PANDANGAN ini.. Engkau pula bagaimana IMAN.. apa yang engkau mahukan andai Diri ini melakukan peperangan..

IMAN : Wahai sahabatku Diri... setelah engkau menolong dan menjaga Hati dengan sempurna dan baik.. insya-Allah semuanya selamat.. IMAN hanya mahukan Diri sedar dari segala kesilapan dan terus istiqamah.. Ayuh bangkitlah wahai Diri untuk melawan Hasutan Syaitan yang direjam dan PERBANYAKKAN ZIKIR, MELAKUKAN IBADAH DAN MEMBACA AL-QURAN.. insya-Allah IMAN akan selalu dekat dengan Diri... percayalah cakap IMAN..

Diri : Alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak wahai SAHABATKU IMAN dan HATI... engkau pendamping setia untuk ku bagi memperkukuhkan kekuatan diri bagi mengharungi dunia yang kian mencabar ini..

***Wahai sahabatku yang disayangi... Perjuangan Kita bukan sekadar menjaga IMAN dan Hati... malah banyak perkara yang perlu kita perjuangkan.. ayuh sama2 melakukan peperangan dalam diri


Apa yang saya cuba tekankan disini bahawa sebenarnya kita PERLU memperjuangkan SYIAR ISLAM yang makin hari makin sukar ditafsir dengan sikap sesetengah orang ISLAM tu sendiri.. KITA sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini sekarang harus melakukan PEPERANGAN untuk membangkitkan semangat ISLAM di kalangan UMMAT MUHAMMAD S.A.W...

Ayuh lakukan PERANG jihad seperti membetulkan fahaman akidah  yang salah, membantu penyebaran Aktikel, menolong sahabat yang mahu dekatkan diri dengan ISLAM, selalu bercakap mengenai ISLAM dan mengagungkan kebesaran ALLAH S.W.T..

Hayatilah ayat diatas... semoga kita tersu beristiqamah dan terus memajukan diri untuk dekat dan MENGENAL ADAB DALAM ISLAM YANG SEBENAR...
SEMOGA KITA MEMPEROLEH HIDAYAH DAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T..
INSYA-ALLAH...

***SALAM PERJUANGAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA YANG AMAT DIHORMATI***