Tuesday, July 31, 2012

Jangan Mendedahkan Aib Orang lain

Photobucket

Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.
Photobucket

Haram Mengkhianati Sesama Islam
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
Photobucket

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)



Monday, December 5, 2011

carilah fakta sebelum post sesuatu....

Photobucket

Assalamualaikum...
maybe kuluangkan masa untuk seketika untuk mencari pandangan dari pakar ILMU HADIS untuk mngolah sgala persoalan yg timbul...
isu skarang paling top PUASA 9 & 10 MUHARRAM....
nice topik...

isunya timbul apabila ayat ini berleluasa di FB...

"Barang siapa yang berpuasa esok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa),
maka pahalanya sama dengan 2 tahun ibadah. Sedangkan bagi mereka yg
mengingatkan dapat pahala 80 tahun ibadah.."

yang menjadi persoalannya skarang...>>> dari mana riwayat ini didapati yg berbunyi "Sedangkan bagi mereka yg

mengingatkan dapat pahala 80 tahun ibadah.." ?

itulah yg menjadi persoalannya skarang... sejauh mana kesahihan hadis tersebut... bnyak kemusykilan yang mula bermain diminda... jauh dek pemikiran akal.... kita hanya mendengar

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram) dan puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

siapa yang boleh menjawab kenapa pahala orang yang mngingatkan lebih besar dari orang yang melakukan....?????

link ini hanya untuk menambah ILMU tentang puasa tersebut dan juga sebagai rujukkan,...
1) http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html
2)http://radiopengajian.com/2011/11/25/hadist-keutamaan-puasa-10-muharram-asyura/

sekadar perkongsian untuk ingin tahu sejauh mana kesahihan ayat tersebut.... bnyak lagi link yg boleh diselidik ... sama2lah kte mencari bukti.... slamat beramal....

renung2kanlah... lebih baik selidik dahulu sebelum disampaikan pada org lain...

*ya Allah... lindungilah hambamu ini dari segala fitnah dunia... perkuatkan ingatanku dalam melindungi agama suciMu yakni ISLAM....