Wednesday, June 18, 2014

SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH

SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera
buat sahabat semua

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai tingkah laku dan gejala sosial yang amat membimbangkan dari kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Persoalannya sekarang adakah cinta yang kita tahu sekarang ini hanya untuk melakukan sesuatu yang mendekatkan kepada maksiat.?
Dimana pula letaknya MARUAH dan MARTABAT diri yang kita agung-agungkan dan apa persediaan kita menghadapi cabaran sebagai UMMAT AKHIR ZAMAN.?
Dan bagaimana pula kita hendak memahami hubung kait ISLAM dan SAINS DUNIA MODEN.

InsyaAllah kami dari AKADEMI LATIHAN SYABAB mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu seminar seperi maklumat dibawah

"SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN"
TEMPAT : DEWAN RUMPUN SERI, KOLEJ TM, TAIPING, PERAK
TARIKH : 9 OGOS 2014 (SABTU)
MASA : 8 pg -- 5 ptg

Penceramah Undangan

1) IMAM MUDA JABBAR
(JUARA IMAM MUDA KE 3)

2) USTAZ MOHD IKHWAN ZOLKAPLI
(PENSYARAH JABATAN SYARIAH, KUISAS)

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tempat terhad kepada 300 orang terawal. Tarikh akhir pendaftaran pada 5 OGOS 2014
Hanya berbaki 250 sahaja tempat kosong.
AYUH BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLAMBAT
_________________________________________________________

MAHU MENYUMBANG...???
Kami mencari penajaan dan sumbangan dari mana-mana syarikat, ngo, koperasi, atau yayasan yang sudi bersama kami bagi menjalankan program SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN ini bagi melancarkan program yang dijalankan

Pihak kami juga menyediakan ruang khas untuk sewaan tapak booth jualan

Berminat untuk sewaan tapak jualan boleh berhubung dengan USTAZ MOHAMMAD NUR SYAHIR ditalian 0134479904

Wednesday, June 4, 2014

Rezeki...!!!! Antara Halal dan Haram..

Photobucket

Assalamualaikum sahabat yang dihormati Allah S.W.T sekalian
terima kasih buat sahabat yang telah memberikan kata rangsangan agar penulisan didalam blog ini diteruskan seperti biasa.

untuk pengetahuan sahabat semua, buat masa sekarang saya agak sibuk dalam menguruskan syarikat rundingan dan latihan korporat.. Alhamdulillah syarikat yang diberi nama AKADEMI LATIHAN SYABAB telah bertahan lebih 5 tahun. Dahulunya dikenali sebagai Akademi Latihan Annur.



Walaupun apa pun berlaku saya tetap akan luangkan masa buat pembaca yang cintakan ILMU

Rezeki...!!!
Antara Halal dan Haram
itu semua bagaikan tiada kepentingan
ada yang beranggapan, kini semua itu biasa-biasa sahaja
tiada beza pada pandangan masyarakat kini
Halal entah kemana, Haram yang diutama

Antara Halal dan Haram
mana satu pilihan kita untuk kaya
untuk memenuhi segala agenda yang tersembunyi
kerana ada sifat untuk bermegah-megah dan berlawan dalam setiap pembelian
sikap menunjuk-nunjuk kemewahan yang seketika cuma
adakah penting wujudnya perasaan sedemikian rupa..???

Antara Halal dan Haram
mengapa masih ada pemikiran sebegini rupa
mengapa menggunakan anggota yang sihat untuk mencuri, merompak, menyamun dan masuk skim-skim yang boleh menjana pendapatan dalam masa yang singkat
tidak cukupkah segala nikmat SIHAT yang Allah S.W.T kurnia pada kita
kenapa tidak menggunakan tubuh yang sihat itu untuk mencari rezeki yang HALAL

REZEKI...!!!!
ianya ada dimana-mana sahaja
carilah ia dengan tenaga usaha kita

HARAM...!!!!!
kenapa engkau selalu hadir dalam fikiran orang yang berakal
kenapa..???
kenapa..???
kenapa..???
mungkin kerana mereka hanya ada AKAL TETAPI TIDAK BERILMU DAN BERIMAN PADA ALLAH S.W.T

HALAL..!!!
terima kasih kerana hadir dalam setiap rezeki orang mukmin
ketenangan pasti dirasai bila mana REZEKI yang HALAL diutamakan
itulah hadiah bagi mereka yang IKHLAS MENCARI REZEKI kerana ALLAH S.W.T dengan menggunakan tenaga usahanya kejalan yang benar.

Thursday, February 20, 2014

APAKAH CINTA YANG SEBENAR

Photobucket

sesungguhnya IBADAHKU, HIDUP dan MATIKU hanyalah kepadaNya...

Saat titip cinta mula berputik
Segala ungkapan indah bak purnama
Bagai kumbang dan bunga
Bagai bulan dan bintang
Masing2 memerlukan kepercayaan
Masing2 meluahkan perasaan

Andai cinta dianggap suci
Mengapa masih ada yang mengkhianati
Andai cinta dianggap suci
Mengapa sanggup melanggar hak hakiki
Andai cinta dianggap suci
Mengapa ada yang tak ambil peduli

Wahai anak muda
Mengapa cinta yang diberikan murah nilainya
Wahai anak muda
Mengapa maruah digadaikan kerana cinta
Wahai anak muda
Mengapa Mengapa dan Mengapa cinta tidak terjaga

Ayuh anak muda
Kita bangkit bersama
Kita AJAR CINTA KITA MENGENAL SANG PENCIPTA
Bermula disini cinta kita mampu terbela
Cinta kita mampu terpelihara
Kerana cinta kita amat mahal harganya
Ayuh bersama
AJAR CINTA DENGAN AGAMA

*WITH UKHWAH WE CARE*

Thursday, September 12, 2013

MuHaSabaH CiNtA...

Photobucket

Assalamualaikum sahabat yang diberkati dan dirahmati Allah sekalian..
indahnya sebuah PERCINTAAN bila mana 2 hati menjadi 1
segala gerak geri ibarat seiring dan sejalan
berpakaian sedondon setiap masa
berjalan berdua-dua ibarat pasangan yang sah
adakah ia akan terus dipraktik sehingga lepas di ijab kabulkan..???
mudah-mudahan.. ( insyaAllah )

Cinta ibarat EMBUN
MUTIARA EMBUN pasti kelihatan pada daun-daun dipagi hari
Kerana EMBUN, kesegaran di hening pagi kian terserlah

begitulah CINTA
PERMULAAN CINTA bagaikan EMBUN yang indah segalanya
KASIH SAYANG dicipta, PENGORBANAN sanggup diluahkan
HARTA BENDA sanggup digadaikan



KERANA APA....????

tidak lain dan tidak bukan semuanya kerana CINTA...!!!!

Pertama kali mengecapi nikmat CINTA, pasti akan terdetik dihati satu perasaan yang amat GEMBIRA dek kerana si Dia yang diidam-idamkan selama ini berjaya ditambat hatinya untuk menjadi PERMAISURI / PUTERA di hati buat seketika... Walaupun perkenalan hanya sedetik cuma, tetapi perwatakkan bagaikan sudah lama menjadi pasangan yang sah menurut syariat ISLAM... 

Adakah zaman kini MUDAH mencari PASANGAN untuk sedetik..????
Adakah MARUAH ummat akhir zaman ini begitu MURAH..????
Adakah "trend" zaman sekarang BERCINTA berlandaskan NAFSU..????
Mengapakah MUDAH menberikan CINTA kepada mereka yang belum tentu sah buat kita..????

Pelbagai soalan yang sering bermain dibenak fikiran..????

Buat sahabat yang baru berjinak-jinak mengenal erti CINTA sesama manusia ini, cubalah kalian renung-renungkan hadis ini :

“Sesungguhnya iman yang ada dalam diri setiap seorang dari kalian benar-benar dapat luntur seperti lunturnya pakaian maka mohonlah kepada Allah agar Dia sentiasa memperbaharui keimanan dalam hati kalian.” [HR. Al Hakim]

Cuba sahabat tanya dalam diri sahabat..
 "ADAKAH AKU MAMPU MENANGANI NAFSU YANG SENTIASA BERGELORA DALAM DIRI.??
ADAKAH IMANKU KUAT UNTUK MENEPIS SEGALA CABARAN DAN DUGAAN YANG MENDATANG..??

segala persoalan hanya diri kita sahaja menjawab. Hanya diri kita sahaja mampu mencorak langkah baru untuk lebih kehadapan.. Jadikan ahli keluarga atau sahabat terdekat sebagai inspirasi untuk terus berubah kearah kebaikkan.. mudah-mudahan sahabat semua memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunia dan juga diakhirat.. insyaAllah



BAGI MEREKA YANG TELAH DITINGGALKAN OLEH PASANGAN,
USAH RISAU, USAH GENTAR, USAH GELISAH, ALLAH SENTIASA BERSAMA DIRIMU

manakan Allah sanggup melihatmu hidup dalam keadaan lemah longlai dan kemurungan.. ALLAH telah sedia menjaga dirimu kembali.. ALLAH mahu mendengar suara rintihanmu.. mohon ampunlah kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mengampunkan dirimu. insyaAllah..



Tatkala HATI RINDU akan KASIH SAYANG seorang insan bergelar manusia
Janganlah terlalu MENGAHARAP balasan darinya
Namun BERHARAPLAH kepada ALLAH S.W.T
KERANA HATI SETIAP INSAN ADA DALAM GENGGAMAN ALLAH S.W.T.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA



YA ALLAH
andai diriku berasa ingin bercinta
izinkan aku bercinta pada orang yang sebenar-benarnya
Pada waktu dan masa yang sesuai
Kerana hatiku cuma satu,
Dan jadikanlah siDia halal buatku pada masa yang telah ditetapkan
insyaAllah..


Wednesday, September 11, 2013

DAKWAH...???

Photobucket

Assalamualaikum sahabat seperjuang..
Apa khabar IMAN kita hari ini.
semoga ianya dalam keadaan SEJAHTERA hendaknya
insyaAllah...

PERSAHABATAN terjalin dek PERKENALAN
UKHUWAH terbina atas PERSAHABATAN
DAKWAH bukan hanya pada LISAN
PENULISAN juga cabang DAKWAH

Pernah sahabat terfikir..?????
Bagaimana DAKWAH yang SEBENAR..???
Perlu ker kita jalankan usaha DAKWAH ini..???
Adakah kita mendapat GANJARAN yang lumayan dalam usaha DAKWAH ini..???

TEPUK DADA TANYA IMAN..

YA.
memang usaha DAKWAH ini perlu diteruskan...
   KERANA APA..???
*Kerana kita sebagai manusia ini adalah seorang KHALIFAH yang telah ditugaskan oleh ALLAH S.W.T untuk menyebarkan kebaikkan dan saling menegur antara satu sama lain.



APA GANJARAN YANG SAYA DAPAT JIKA SAYA LAKUKAN DAKWAH..???
* adakah kita melakukan usaha DAKWAH ini hanya mengharapkan balasan atau pujian dari manusia yang hina..??? tidakkah kita terfikir ganjaran yang besar menanti kita diSana nanti..??? mengapakah kita tidak pernah ikhlas dalam melakukan usaha DAKWAH ini.. Ayuh perbetulkan niat kita.. mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dan keberkatan dari ALLAH S.W.T. insyaAllah

TIDAK TAHU CARA NAK BERDAKWAH..???
* DAKWAH ada pelbagai cara untuk melaksanakannya.. Antaranya memberi tazkirah, menghantar mesej berkenaan hadis2 sahih dan kebaikkan, perkongsian ILMU, menyampaikan risalah, mencegah kemungkaran dan banyak lain.. JANGAN HANYA FIKIR DAKWAH INI HANYA UNTUK BANTERAS MAKSIAT SAHAJA DAN HANYA GOLONGAN USTAZ SAHAJA YANG PERLU LAKUKAN USAHA DAKWAH INI.

usaha DAKWAH ini perlu di lakukan oleh semua lapisan masyarakat untuk menjamin keharmonian sejagat. insyaAllah..


TAKUTLAH KALAU DIPULAU OLEH KAWAN-KAWAN.. NANTI SAYA TIADA KAWAN...
* lumrah manusia.. LEBIH TAKUT DIPULAUKAN KAWAN DARI MENJALANKAN AMANAH DARI ALLAH S.W.T. adakah kawan kita ada bersama kita sewaktu SUSAH..?? adakah kawan kita memberi REZEKI kepada kita..?? adakah kawan kita menjaga kita dari kecil..??
MENGAPA KITA LUPA PENCIPTA KITA..?? MENGAPA KITA MUDAH LUPA SIAPA MEMBANTU KITA SERTA MEMBERI REZEKI KEPADA KITA..?? MUDAHNYA KITA LUPA.. NA'UZUBILLAH..

Ayuh beristighfar bersama.. kembalilah kepada Allah kerana hanya Allah sahaja yang mampu membantu kita tidak kira dalam keadaan senang atau susah..

HARGAILAH SAHABAT PERJUANGAN YANG BERADA SEMEDAN DENGAN ANDA.. BERGERAK BERSAMA AGAR USAHA DAKWAH YANG DIJALANKAN BENAR2 KUKUH DAN TIDAK MAMPU DIGUGAT..

"WITH UKHUWAH WE CARE"


Tuesday, July 23, 2013

Bonus Hari RaYa.. insyaAllah

Photobucket

Assalamualaikum Sahabat yang dirahmati serta diberkati Allah S.W.T sekalian..
apa khabar iman kita hari ini.. semoga ianya semua baik-baik belaka..
insyaAllah...

SALAM RAMADHAN BUAT SAHABAT SEMUA...


PENGUMUMAN...

Akhirnya, kali kali ini semua sahabat akan memperoleh bonus yang berganda..
terdapat 2 bonus hari raya untuk sahabat semuaConfirm.. !!! 

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekel
iling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat & terma.


Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini : 

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.


SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEMPEROLEH KEBERKATAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DIDUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT... INSYA-ALLAH..

Wednesday, June 12, 2013

BerAni MelaKuKan MakSiaT..???

Photobucket

Assalamualaikum sahabat yang saya hormati dan kasihi sekalian..
Apa khabar IMAN kita hari ini..??? semoga semuanya dalam keadaan sejahtera sentiasa.. insya-Allah..

Pernahkah kita terdetik dalam hati kita ingin melakukan MAKSIAT atau ZINA..???
mungkin ada yang beranggapan bahawa melakukan perkara-perkara tersebut adalah lumrah buat masyarakat zaman sekarang kerana mengikut peredaran waktu..

selalu membayangkan keindahan ketika melakukan maksiat seperti :-


  • berpegangan tangan bersama kekasih yang bukan mahram
  • bercumbu-cumbuan antara pasangan yang belum halal
  • memandang aurat wanita / lelaki
  • menonton filem yang boleh menghairahkan
  • saling berpelukkan tanpa segan silu dikhalayak ramai
  • bermesra mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin
  • saling mengingati dan terbayang wajah pasangan sebelum tidur
  • melakukan hubungan terlarang tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan serta banyak lagi

Mengapa ini semua terjadi..???
Salah siapa andai perkara ini terus berleluasa..???

Sebenarnya untuk melakukan MAKSIAT atau ZINA adalah BOLEH TETAPI DENGAN MENGIKUT BEBERAPA SYARAT...

diulang = BOLEH MELAKUKAN MAKSIAT TETAPI DENGAN BEBERAPA SYARAT

Antara syarat yang WAJID diikuti adalah seperti :-

  • Jangan makan REZEKI yang diberi oleh ALLAH S.W.T
  • Jangan sesekali tinggal di atas BUMI milik ALLAH S.W.T
  • Lakukan maksiat ditempat yang ALLAH tidak nampak perbuatan kamu
  • Mampu menangguhkan kematian disaat malaikat maut (IZRAIL) datang berjumpa kamu
  • Mampu berkata "SAYA TIDAK AKAN SESEKALI MENGIKUT KAMU KE NERAKA" kepada malaikat yang menjaga pintu neraka.

Sekiranya anda benar-benar mampu mengikut syarat yang ditetapkan, jadi dipersilakan melakukan maksiat sebanyak mungkin TETAPI jika tidak mampu lebih baik abaikan sahaja niat kotor itu.

*AYUH BERSAMA KITA BERMUHASABAH KEMBALI... INSAF DAN KENANG DOSA LALU AGAR TIDAK DIULANG KEMBALI.. SAMA-SAMA KITA PERBANYAKKAN ISTIGHFAR. SEMOGA ALLAH S.W.T. MENGAMPUNKAN DOSA KITA YANG LALU.. INSYA-ALLAH

Monday, June 10, 2013

PerNahKah Kita TerFikiR..??

Photobucket

Assalamualaikum sahabat setia serta pembaca blog yang dihormati dan dikasihi..
apa khabar iman kita hari ini. semoga semuanya bertambah baik dari semalam. insya-Allah..

Insya-Allah kali ini ana ingin berkongsi masa dengan sahabat semua untuk berfikir sejenak bagaimana kehidupan kita pada masa akan datang.. adakah ia sebaik yang kita sangka atau mungkin sebaliknya (na'uzubillah)..

pernahkah kita semua terfikir apa yang akan terjadi sekiranya saat kematian/ajal kita tiba setelah kita melelapkan mata untuk tidur. kita tidak mampu lagi bergerak, bangun malah tidak sesekali mampu mencelik mata untuk melihat cahaya indah di bumi ALLAH S.W.T ini..

Pernahkah kita pernah terfikir perkara seperti ini..

  • siapa yang akan mengurus jenazah kita nanti
  • adakah sahabat-sahabat kita yang ramai di FB, TWITTER, WHATAPP dan lain-lain akan menziarah jenazah kita nanti
  • adakah sahabat kita akan sedekah surah Al-Fatihah buat diri kita
  • adakah cukup amalan serta ibadah kita selama ini untuk bertemu dengan ALLAH S.W.T
  • adakah kematian kita mendapat redha dari ibu bapa kita..??
  • dan adakah KEMATIAN KITA DALAM KEADAAN SEMPAT BERTAUBAT ATAU sebaliknya (na'uzubillah)
Sebuah percaturan dunia yang amat sukar kita tafsirkan.. Diri kita perlu sebuah pengorbanan dan istiqamah yang tinggi dalam mengorak langkah yang lebih baik demi masa depan yang sejahtera.. Hargailah sahabat yang berada disekeliling dan hormati setiap makhluk yang berada didalam dunia ini..
Teruskan perjuangan dalam membina sebuah kekuatan dalam ISLAM agar ia terus mekar dan berkibar megah.

*maaf andai ada salah silap selama mengendali blog ini.. jika malam ini malam terakhir, berniatlah agar kita dapat berjumpa di syurga kelak.. insya-Allah.

Tuesday, June 4, 2013

huraian Cara Menjadi Pemimpin Yang Disegani.

Photobucket


Assalamualaikum sahabat yang dihormati...
Alhamdulillah.. Ebook yang telah diwar-warkan sebentar tadi di page ANNUR CONSULTANT (facebook) telah pun siap untuk dijual.
kepada sesiapa yang berhasrat untuk memperoleh sesuatu ILMU yang baru boleh dapatkan sekarang. "cara bagaimana menjadi PEMIMPIN yang sebenar".
dapatkan sekarang dengan harga promosi sebanyak rm 20. duit boleh dibank in kan di bank ISLAM atau bank CIMB

Bank Islam
08040028217627
Bank CIMB
08290007862526
nama penerima = mohammad nursyahir

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 0134479904



Tuesday, March 5, 2013

Sayangnya sebuah PERSAHABATAN


Photobucket

FAKTA...
pentingnya usrah dan ukhwah antara muslim...

Situasi 1...
(sekiranya kita berbadan besar)

KAWAN BIASA : hoiii budak gemuk... pergi la main jauh2.. jgn la dok kumpulan dgn aq... menyusahkan saje... dah la gemuk ada hati nk kumpulan dgn aq..  dengan badan ko mcm ni mesti xdenye lelaki/perempuan nak dekat ko.. sedar la diri tu....

USRAH DAN UKHWAH : ana rasa akhi bertambah sihat sekarang yer.. Alhamdulillah.. bgus kalau shat mcm ni.. tapi akhi perlu jaga pemakanan akhi juga yer.. jangan sampai orang jadikan sifat badan kita sebagai bahan ketawa.. Insya-Allah ana yakin akhi mampu melakukan perubahan... ayuh petang ni ana berhajat hendak bersenam... kalau akhi mahu boleh join ana sekali..

Situasi 2...
(sekiranya kita orang kelainan upaya)

KAWAN BIASA : weiiii... apasal ko slalu minta tolong dkat aq.. pergi la buat sendiri atau suruh orang lain... menyemak je.. dah la cacat.. lpas tu menyusahkan orang jer... lain kali kalau cacat dok je rumah.. ni x.. sume perkara nk menyusahkan orang.. ko ni cuma hidup nk menyusahkan je.. apasal la ko ni cacat kan...

USRAH DAN UKHWAH : ada apa2 yang boleh ana bantu akhi... kalau akhi perlukan apa apa bantuan yang akhi rasa tidak mampu melakukannya panggil je ana yer.. Insya-Allah jika ana boleh tolong ana akan tolong semampunya.. perbanyakkan istighfar dan selawat yer akhi.. Allah S.W.T sedang mnguji akhi.. Allah tahu akhi mampu lakukan yang terbaik untuk diri akhi walaupun keadaan akhi mcm ini.. akhi kena bnykkan bersabar yer.. sabar itu separuh dari iman kite jga kan.. insya-Allah akhi akan tenang jika dekat dengan Allah S.W.T.

*INILAH PERJALANAN SEGELINTIR SAHABAT KITE DILUAR SANA YANG DICEMUH DAN DICACI ATAS FAKTOR KEKURANGAN DALAM DIRINYA.. WAHAI SAHABATKU YANG DIHORMATI DAN DISAYANGI.. JANGANLAH ADA TERDETIK DALAM HATI PERASAAN YANG TIDAK BAIK... RINGANKAN TULANG UNTUK MEMBANTU.. INSYA-ALLAH SUATU HARI NANTI KITA PULA YANG AKAN PERLUKAN PERTOLONGAN ORANG LAIN... ALLAH S.W.T  MAHA KUASA DAN TAHU SEGALANYA....

Thursday, January 24, 2013

Apa yang diPERJUANGkan dan perlukah PEPERANGAN..??

Photobucket

Assalamualaikum wahai sahabat perjuangan yang ku hormati...
Apa khabar dengan IMAN kita hari ini.. Semoga IMAN kita terus bertambah dan mampu meneruskan perjuangan yang kita bawa yakni ISLAM...

PERJUANGAN...!!!!!
Perjuangan apa yang kita mahukan..???
Perjuangan apa yang kita impi dan lakukan..???
Apakah ERTI sebenar Perjuangan dalam hidup kita seharian..???

PEPERANGAN...!!!!!
Apa pula bezanya dengan PERJUANGAN..???

Ayuh kita selongkar apa yang kita PERJUANGANkan untuk PEPERANGAN...

kita nak berperang dengan siapa yer..???
cuba tanya HATI dan IMAN kita...

Diri : Wahai Hati... apa yang sebenarnya yang engkau mahukan sekiranya diriku sebagai manusia melakukan   peperangan bagi pihakMU..

Hati : Wahai Diri... sebenarnya aku mahukan engkau melakukan peperangan dalam bagi pihakku untuk mengelakkan dari Hatiku ini berada jauh sekali dari Zina Hati dan perkara-perkara yang lagha dan tidak bermanfaat.. teruskan perjuangan melawan segala NAFSU dan PANDANGAN yang mampu menjerat Hatiku ini..

Diri : Insya-Allah wahai Hati... Diri ini akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari Hati mu terus sakit disebabkan oleh ZINA yang berleluasa disebabkan NAFSU dan PANDANGAN ini.. Engkau pula bagaimana IMAN.. apa yang engkau mahukan andai Diri ini melakukan peperangan..

IMAN : Wahai sahabatku Diri... setelah engkau menolong dan menjaga Hati dengan sempurna dan baik.. insya-Allah semuanya selamat.. IMAN hanya mahukan Diri sedar dari segala kesilapan dan terus istiqamah.. Ayuh bangkitlah wahai Diri untuk melawan Hasutan Syaitan yang direjam dan PERBANYAKKAN ZIKIR, MELAKUKAN IBADAH DAN MEMBACA AL-QURAN.. insya-Allah IMAN akan selalu dekat dengan Diri... percayalah cakap IMAN..

Diri : Alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak wahai SAHABATKU IMAN dan HATI... engkau pendamping setia untuk ku bagi memperkukuhkan kekuatan diri bagi mengharungi dunia yang kian mencabar ini..

***Wahai sahabatku yang disayangi... Perjuangan Kita bukan sekadar menjaga IMAN dan Hati... malah banyak perkara yang perlu kita perjuangkan.. ayuh sama2 melakukan peperangan dalam diri


Apa yang saya cuba tekankan disini bahawa sebenarnya kita PERLU memperjuangkan SYIAR ISLAM yang makin hari makin sukar ditafsir dengan sikap sesetengah orang ISLAM tu sendiri.. KITA sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini sekarang harus melakukan PEPERANGAN untuk membangkitkan semangat ISLAM di kalangan UMMAT MUHAMMAD S.A.W...

Ayuh lakukan PERANG jihad seperti membetulkan fahaman akidah  yang salah, membantu penyebaran Aktikel, menolong sahabat yang mahu dekatkan diri dengan ISLAM, selalu bercakap mengenai ISLAM dan mengagungkan kebesaran ALLAH S.W.T..

Hayatilah ayat diatas... semoga kita tersu beristiqamah dan terus memajukan diri untuk dekat dan MENGENAL ADAB DALAM ISLAM YANG SEBENAR...
SEMOGA KITA MEMPEROLEH HIDAYAH DAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T..
INSYA-ALLAH...

***SALAM PERJUANGAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA YANG AMAT DIHORMATI***





Wednesday, November 14, 2012

TAHUN BARU...???

Photobucket

TAHUN BARU...
ayuh mulakan azam baru dengan bermulanya tahun baru dalam bulan ISLAM..
kita sering banggakan KALENDAR MASIHI dari KALENDAR HIJRAH..

MENGAPA INI SEMUA TERJADI...???

PERSOALAN YANG MEMPUNYAI BERIBU JAWAPAN DAN PANDANGAN....

ramai dari kalangan manusia hari ini yang sambut awal tahun MASIHI berbanding HIJRAH sbb pada hari berkenaan akan diadakan pelbagai program yang melalaikan anak muda yg terlalu menjerumus ke lembah MAKSIAT YANG TERLALU TERBUKA.. itulah yang amat DIsukai oleh orang KAFIR LAKNATTULLAH apabila UMMAT NABI MUHAMMAD S.A.W berada didalam KESESATAN YANG BERPANJANGAN dan JAUH DARI REDHA ALLAH...

SEDARLAH SAHABATKU SEKALIAN...
tahun HIJRAH lebih bermakna andai kita tahu ERTI PERJUANGAN SEBENAR yang dilakukan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W dan PARA SAHABAT BAGINDA... dari situlah kite perlu sedar dimana kekuatan ISLAM yang sebenar.. ambillah iktibar dari PERJUANGAN KHALIFAH dahulu demi memartabatkan dunia ISLAM...

ISLAM mengajar kita dari pelbagai aspek bermula dari bangun tidur hinggalah sewaktu kita hendak tidur kembali.. ambil lah perhatian tentang sejarah ISLAM... tidak guna hidup dalam ISLAM andai diri kita tidak tahu sejarah PENGHIJRAHAN yang dilakukan oleh RASULULLAH S.A.W.

pasanglah NIAT BARU pada permulaan tahun HIJRAH (ISLAM) dan bukannya tahun masihi... BIARLAH KITA HIDUP DALAM ISLAM DAN MATI JUGA DALAM ISLAM... INSYA-ALLAH...

SEMOGA HIJRAH KALI INI MEMBERI SERIBU PENGERTIAN KEPADA KITA SEMUA... SEMOGA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEHH ALLAH S.W.T SERTA MEMPEROLEH KEBERKATAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DIDUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT.. INSYA-ALLAH

Thursday, November 8, 2012

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA..



Photobucket


LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara­-perkara itu ialah:

1) Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2) Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3) Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4) Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5) Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".


H.R Ibnu Majah


Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

1) Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2) Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3) Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4) Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

5) Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum­hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Sunday, November 4, 2012

CINTA NAFSU vs CINTA ISLAM


Photobucket


CINTA NAFSU vs CINTA ISLAM

Assalamualaikum sahabatku yang dihormati...
pasti ramai dikalangan kita pernah bercinta..
indahnya sebuah percintaan yang kita bina.. betul x..??
tapi lebih indah sebuah percintaan jika mendapat REDHA dan KEBERKATAN dari ALLAH S.W.T.

apa yang terlintas dibenak fikiran sahabat sekalian..???
sebab apa bercinta dan mengapa nak bercinta..???
mungkin ada yang rasa ingin medapat kasih sayang dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada mereka yang belum sah untuk diri kita.. usia kita semakin meningkat.. lakukan perubahan.. rombak kembali kekuatan dalaman untuk menempuh segala onak duri dalam percintaan yang belum pasti kemana akan pergi..

CINTA NAFSU....???
YA... Cinta Nafsu.. ada dikalangan orang sekeliling kita bercinta kerana nafsu semata-mata tanpa mengikut syariat yang ditetapkan dalam islam.. mereka inilah manusia yang sngt rugi didalam dunia ini..
KENAPA...???
sebab mereka telah menempah selangkah ke NERAKA kerana terlalu mengikut kehendak NAFSU yang bergelora.. selain itu ada yang sanggup memberikan segalanya demi mencurah kasih sayang sebenar...
BETUL KE KASIH SAYANG SEBENAR...??? tepuk dada tanya IMAN..
ada juga bercinta kerana inginkan POPULARITI dan kemewahan dan pasangan masing2.. nafsu kita ada banyak cabang2.. ada yang baik dan buruknya.. jadi, sahabat yang baru nak berjinak2 dalam lembah CINTA NAFSU ini saya doakan sahabat diberikan HIDAYAH oleh ALLAH S.W.T agar dapat kembali kejalan yang benar.. insya-Allah..

TAPI BAGAIMANA PULA CINTA ISLAMIK..??
YUP... mmg ADA CINTA CARA ISLAM..
nak tau x..>???
BERCINTA SELEPAS NIKAH ITULAH CINTA CARA ISLAM YANG BEGITU BERNILAI DAN DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T.

TAPI SEBELUM NIKAH PERLU TAHU CALON ISTERI/SUAMI DAHULU..
ya... itu mmg benar dan tidak dinafikan.. ISLAM pun menggalakkan kita tahu perihal latar belakang pasangan kita itu.. biarlah berpada...
kalau hendak tahu juga cukuplah sekadar tahu yang dia milik kita dan kita milik dia.. kiranya suka sama suka antara pasangan.. Elakkan berhubung dan keluar bersama... ini akan menjejaskan ALAM PERKAHWINAN itu sendiri..

kalau xberhubung MACAM MANA NAK TAHU DIA SIHAT ATAU TIDAK..??
tanya diri balik.. ADAKAH AKU SUDAH SAH MENJADI ISTERI ATAU SUAMI UNTUK SIDIA..???
belum lagi bukan.. jadi janganlah terlalu ambil perhatian  terhadap mereka... pasangan tersebut masih mempunyai AHLI KELUARGA YANG SAYANG KEPADA PASANGAN ANDA ITU.. tidak perlu runsing dan susah hati kerana ALLAH S.W.T JUGA MENJAGA PASANGAN ANDA ITU.. sebab itu lah ALLAH berfirman yang bermaksud "lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik". JELAS...!!!

biarlah jarang msej asalkan mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T. insya-Allah..
semoga kita semua memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat... insya-Allah...

Saturday, November 3, 2012

rEnUNgan SekeTIka. tunang VS nikah

Photobucket

TUNANG atau NIKAH..

wahai sahabatku yang dihormati dan disayangi..
pernah terfikir mengenai tunang atau nikah..???
semuanya tidak menjadi apa2 kesalahan mengenai perkara tersebut..
apa yang salahnya adalah diri kite yang masih JAHIL...

apa salahnya..???
salahnya adalah.... adakah kite sudah TAHU BAGAIMANA PERGAULAN ANTARA TUNANG DAN NIKAH..???
adakah kita memahami erti sebuah ikatan perkahwinan..
PASTIKAN sahabat sekalian FAHAM dan tahu PERBEZAAN antara TUNANG dan NIKAH..
tidaklah salah untuk berumah tangga diusia muda malah sangt2lah digalakkan sekiranya semua perkara lengkap dan mampu menyara keluarga baru..

TAPI APA SALAH DENGAN TUNANG...???
*TUNANG tidak ada apa2 salah pun
TETAPI kita perlu sedar yang TUNANG bukanlah TIKET untuk membolehkan apa yang dilarang dalam syariat ISLAM...

KENAPA PULAK TIDAK BOLEH..?? DIA MILIK SAYA..??? XKAN TIDAK BOLEH KELUAR SEKALI...??
*sebab mengapa tidak boleh... jom kita bayangkan sekiranya adik atau ahli keluarga kite berjumpa pasangan masing2 tetapi akibat terlalu sayang mereka sanggup melakukan segala2nya untuk orang yang mereka sayang.. tetapi jika terlanjur bagaimana..??? Allah dah menetapkan yang terbaik buat hamba2nya..
YANG kedua bayangkan jika sahabat adalah perempuan.. ingtlah bahawa anda sedang menempah dan menarik ahli keluarga lelaki anda kelembah neraka.. dan para lelaki sediakah anda keneraka kerana sikap anda yang berfoya2 dan mengabaikan tanggungjawab anda sebagai KHALIFAH yang diamanahkan oleh ALLAH S.W.T UNTUK MENJAGA kaum hawa dan menjadi pemimpin..

*nak keluar sekali yer... ^_^ sape kata xboleh...??? bak kata USTAZ AZHAR IDRUS boleh jer kalau nak keluar skali TETAPI jangan lupa yer bawa mahram sekali ok.. nak keluar pg mana2 pun boleh dan xde salah...

kalau ada pedapatan yang cukup teruslah bernikah yer... amat digalakkan untuk mengelakkan fitnah... semoga kita terus beristiqamah yer... 
bagi mereka yang xde pasangan tu jangan risau yer... MASIH ADA YANG SAYANGKAN ANDA...
BAGI MEREKA YANG TIADA PASANGAN TU JOM KITA BERCINTA DENGAN PENCIPTA KITA NAK... ALLAH S.W.T SENTIASA TUNGGU DOA CINTA DARI KITA.. TERUSKAN BERDOA agar kita ALLAH BAGI KITA PILIHAN DAN BOLEH MEMILIH JODOH YANG TEBAIK BUAT DIRI SAHABAT SEKALIAN.. INSYA-ALLAH..

Friday, November 2, 2012

FikiR sejEnaK..(PEREMPUAN vs MUSLIMAH)


Photobucket

PEREMPUAN vs MUSLIMAH

kedua-dua ini saya ibaratkan sebagai COKLAT...

PEREMPUAN = adalah coklat yg tidak dibalut dgn apa2 
MUSLIMAH = dibalut kemas balutannya dgn kertas dan plastik balutan berkualiti tinggi..

PERBANDINGAN... (jom fikir seketika..) 
andai ada 2 jenis coklat ditangan seorang manusia tapi tiba2 kedua-dua coklat tersebut terjatuh ke tanah... mana satu yg sahabat akan pilih... pilih yang berbalut atau yg tidak dibalut langsung..??

*itulah sebenar-benarnya kenyataan yg dapat disimpulkan... BUKA atau TUTUP AURAT... jom tanya IMAN kite wahai sahabat muslimahku sekalian.. ^_^ harap kita sama2 terus beristiqamah.. insya-Allah..

rasa hormat perlu ada

Photobucket

nak orang hormat kite...???
rasa ingin dihargai dan dihormati...???

semuanya bermula dari diri anda..
apa yang anda lakukan pasti anda akan dapat..
dengan kata mudah diri kita sendiri yang perlu hormat orang lain..
diri sendiri yang perlu memberi penghargaan dulu kepada orang sekeliling..
sudah pasti anda juga akan dihormati dan dihargai juga seperti mana anda lakukan pada orang lain..
yakin dan percayalah setiap apa yang akan berlaku...
semoga kita akan terus beristiqamah...
beristiqamah menuju redha..
REDHA ALLAH S.W.T...
insya-Allah..

Thursday, November 1, 2012

Ilmu Itu Penting..

Photobucket

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.(Sayidina Ali bin Abi Thalib)

Bermadah Cinta...


Photobucket

Cintaku padamu adalah Air, yang selalu mengalir, dan tidak berpaling, yang selalu mengalir, dan tidak berubah, yang selalu mengalir, dan tidak berakhir...

Cinta adalah kerinduan untuk difahami oleh seseorang yang benar-benar tulus untuk peduli. Ketika seseorang mengerti, ia akan mampu bertahan terhadap apa pun di dunia ini.

Cinta adalah penderitaan terindah yang paling dicari manusia.

Malamku menjadi fajar yang indah keranamu...

Cinta adalah hal terbaik dan paling indah di dunia, tidak dapat dilihat atau bahkan disentuh. Cinta harus dirasakan dengan hati..

Kadangkala, saat kau dekat, aku kehilangan semua kata-kataku. Dan saat itulah aku berharap, mataku berbicara tentang perasaanku padamu.

Cinta mampu menghangatkan hati yang dingin, seperti matahari yang mencairkan gunung salju.

Jika mencintaimu hanyalah mimpi bagiku, maka biarkan aku tertidur selamanya.

Cinta adalah seberkas cahaya terang dalam kegelapan malam.

Cintaku padamu seperti Simfoni terindah

Saat aku berada di padang pasir kehidupan, aku berharap cintamulah yang akan sejukkan jiwaku.

Cinta adalah misteri yang sulit dimengerti. Cinta adalah kebahagiaan yang terpancar dalam diri, meski terkadang cinta juga membawa rasa sakit.

Thursday, October 4, 2012

MANA YANG KITE CARI..???



Photobucket


PERKARA yang BAIK mmg tidak dinafikan akan dicemuh oleh MANUSIA YANG JAHIL TENTANG ISLAM tetapi insya-Allah akan MENDAPAT REDHA DARI ALLAH S.W.T.

PERKARA yang BURUK@JAHAT ramai manusia yg JAHIL akan suka dan sering lakukan tetapi PASTI AKAN MENDAPAT KEMURKAAN DARI ALLAH S.W.T.

PILIHAN ditangan SAHABAT SEKALIAN..
pilih REDHA ALLAH atau redha manusia yang jahil (bodoh)